Labels

Tuesday, August 24, 2010

Bilik Sumber PPDa

Setelah bertungkus - lumus selama hampir setengah tahun Bilik Sumber PPDa akhirnya selesai juga dihias dan dikemas kini. Hasil kerja ini hasil daripada ahli - ahli Skuad PPDa sendiri dan dilakukan mengikut idea bernas serta kretiviti masing - masing.

Terdapat 7 zon dalam bilik tersebut yang merangkumi zon kesihatan, zon rokok, zon inhalan, zon dadah, zon HIV dan Aids, zon album serta zon info. Semua ahli dibahagikan mengikut zon masing dan setiap zon mempunyai satu ketua.

Penilaian akan dibuat esok oleh 4 orang hakim dari jabatan. Seramai 4 orang jawatankuasa seperti pengerusi, Naib Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari akan menjadi petunjuk arah untuk hakim - hakim berkenaan. Perkara yang dinilai ialah kecerian, susun atur, bahan maklumat dan ICT.

Tahniah Skuad PPDa kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada guru - guru yang membantu dan bagi mereka yang memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung. Syabas!

- 1 Malaysia Perangi Dadah! -

Tuesday, May 11, 2010

Baru lagi!

Syukur ke hadrat Ilahi blog ini siap juga setelah terbalik kepala mencari links yang berguna dan berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah. Kami membuat blog ini atas dasar mahu menyebarkan maklumat tentang dadah kepada semua masyarakat tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan negara. Kami akan cuba sedaya upaya mencari pelbagai info dan maklumat tentang dadah untuk berkongsi bersama anda. Dengan penubuhan blog ini, besarlah harapan kami bagi membebaskan negara dari belenggu dadah. Marilah kita berusaha bersama - sama memerangi dadah.

"Perangi Dadah Habis - habisan!"

Sekian, terima kasih.